Friday, June 3, 2011

Lagenda Alam Melayu _ batu-belah-batu-betangkup _ Irfan_(12)

Ia tentang seorang  balu miskin dengan dua orang anaknya yang masih kecil. Yang sulung, seorang perempuan, manakala yang bongsu pula seorang lelaki. Ibu tersebut terpaksa menyara dan memelihara kedua anak itu setelah suaminya meninggal dunia.  
Pada suatu hari, ibu tadi berjaya menangkap seekor ikan Temakul yang mempunyai telur. Setelah ikan ini siap dimasak ibu terpaksa keluar kerana masih ada kerja yang hendak dibuatnya. Sebelum pergi siibu mengingatkan anak perempuan agar menyimpan sedikit telur ikan Temakul yang dimasak untuk siibu apabila pulang rumah.Sepeninggalan ibunya, kakak tadipun memberi adiknya makan. Setelah habis bahagian siadik, kakaknya menjadi bimbang kerana siadik masih belum puas, dia terus menerus minta tambah sedangkan tidak ada lagi telur ikan yang tinggal kecuali yang telah disimpan untuk siibu.

Kerana siadik terlalu tamak , bahagian ibunya juga dimakan . Telur ikan itupun habis semuanya. Apabila ibunya, beliau kecewa hatinya apabila didapati telur ikan yang sangat diinginkannya telah habis dimakan oleh anaknya. Ia kecewa, marah dan benar-benar terkilan. Akhirnya dia mengambil keputusan untuk keluar membawa dirinya ke batu belah batu bertangkup untuk ditelan.  Begitu diseru berulang-ulang sambil berlari dengan deras menuju batu belah batu bertangkup. Melihat keadaan itu, sikakak pun mengejar ibunya sambil mengendung adiknya. 


Pengajaran ialah jangan tamak bermakan dan selalu ingat tentang ibu 

Rujukan


No comments:

Post a Comment