Thursday, June 2, 2011

Lagenda Alam Melayu - Bawang Putih & Bawang Merah oleh Abiyyu Arif Rahman

cerita:
Pada suatu hari, ada seorang perempuan bernama bawang putih telah menjadi anak yatim dan tinggal bersama ibu tirinya dan kakak tirinya.
Dia menemukan sebuah kolam dengan ikan yang bole bercakap. ikan itu berkata bahawa dia adalah ibunya. Bawang putih berasa senang dan selalu pergi ke kolam itu juka ada masa. Tetapi, pada suatu hari, Bawang Merah melihat Bawang Putih pergi ke suatu tempat dan mengikutinya. setelah mengetahui tentang ikan itu, Bawang Merah membawa ikan itu ke ibunya untuk dimasak. setelah Bawang Putih selesai makan , dia diberi tahu oleh kakaknya dari mana dia mendapati ikannya dan membuat Bawang Putih bersedih. Bawang putih lalu mengubur tulang ikan itu yang keesokan harinya menjadi pokok ber ayunan. ketika Bawang putih sedang bermain di ayunan sambil menyanyi, seorang pangeran datang dan mendengar nyanyian Bawang Putih yang indah dan mencari orang yang menyanyi lagu itu. walaupun ibu tirinya menyembunyikan bawang putih, ahkirnya, pangeran bertemu dengan bawang putih dan mereka berdua berkahwin dan mereka berdua hidup dengan bahagia selamanya.

pelajaran:
- jika dalam masalah, kamu harus sabar dan pada ahkirnya akan ada pertolongan yang datang.
- janganlah menjadi jahat kepada seseorang kerana perasaan cemburu.

bahan rujukan:
http://www.slideshare.net/ohteikbin/bawang-merah-bawang-putih

http://en.wikipedia.org/wiki/Bawang_putih_bawang_merah

No comments:

Post a Comment