Sunday, June 26, 2011

Lagenda Alam Melayu -nenek kebayan oleh Abiyyu Arif Rahman

cerita:
Ada beberapa cerita tentang Nenek Kebayan. Tetapi, saya akan hanya menyeritakan apa yang saya dapat dari http://en.wikipedia.org/wiki/Puteri_Gunong_Ledang_(film) cerita kedua tentang Nenek Kebayan adalah dari http://savetheheartofborneo.wordpress.com/category/nenek-kebayan-anak-yatim-piatu/
seorang sultan bernama Sultan Mahmud Shah yang menginginkan seorang perempuan dengan kecantikan yang sangat luar biasa. Dia menanya siapakah yang mempunyai kecantikan seperti itu kepada seorang tilik nasib dan dia berkata bahawa ada seorang puteri yang dia inginkan di puncak Gunung Ledang. Setelah mendengar tentang puteri indah itu, dia segera membatalkan perkahwinannya dengan puteri Dinda. Tetapi, bendaharanya mengatakan bahawa perjalanannya sangat susah dan mencapai puncak gunung itu. Akhirnya seorang bernama Hang Tuah dan beberapa orang lain mencari puteri itu. ahkirnya mereka bertemu dengan puteri dengan bantuan nenek kebayan itu. dia akan berkahwin hanya jika Sultan Mahmud Shah memberi tujuh benda yang terlalu mahal, sangat sukar dan sangat jahat. Setelah memaksa orang untuk membantunya, dia mempunyai hanya satu lagi permintaan ya itu satu mangkuk berisi darah anaknya.
Pada saat dia akan membunuh anaknya, puteri cantik itu berkata,”saya tidak akan berkahwin dengan orang jahat seperti anda!”
setelah mengetahui kesalahanya dia meminta maaf kepada para warga negara dan mereka memaafkannya dan kehidupan kerajaan itu kembali semula


pengajaran:
jangan biarkan tamak mengawal hidupmu.


bahan rujukan:
-http://savetheheartofborneo.wordpress.com/category/nenek-kebayan-anak-yatim-piatu/

-http://en.wikipedia.org/wiki/Puteri_Gunong_Ledang_(film)

No comments:

Post a Comment