Thursday, July 7, 2011

Acara Bulan Bahasa

Salam semua,

Ini adalah aktiviti-aktiviti yang dicadangkan untuk para pelajar. Acara ini pasti akan memanfaatkan penguasaan Bahasa Melayu kita. Kamu digalakkan untuk menyertai acara-acara berikut jika ada kelapangan.

Acara-acara

1. Memperkaya Bahasa dan Sastera - Sekilas Bersama Rasiah Halil

Tarikh : Sabtu, 16 Julai 2011
Tempat : Balai Rakyat Dover . Blk 1 Dover Road . #01-300 . (130001)
Masa : 11.30 pagi.

Tiada bayaran dikenakan .


2. Bengkel Dikir Barat

Tarikh : Sabtu, 16 Julai 2011
Tempat : Balai Rakyat Dover . Blk 1 Dover Road . #01-300 . (130001)
Masa : 3.00 petang .
Bayaran : $5.00/kumpulan (1 kumpulan- 6 org)

Bengkel Dikir Barat ini akan dikendalikan oleh Cikgu Djohan Abdul Rahman daripada Kumpulan Dikir Barat Andika yang telah memenangi beberapa kejuaraan di pertandingan Dikir Barat . Para peserta bengkel akan didedahkan kepada perkara-perkara asas dalam dikir barat seperti alat-alat yang digunakan, watak-watak dalam dikir barat serta menulis lagu dan
lirik dalam dikir barat. Para peserta juga akan berpeluang menunjukkan bakat diakhir bengkel dengan membuat persembahan. Sijil Penyertaan juga akan diberikan .

Mungkin kita boleh mempraktikkan apa yang dipelajari dalam bengkel ini dalam membuat persembahan untuk acara sekolah.


3. Gema Puisi

Tarikh : Sabtu, 23 Julai 2011
Tempat : Kelab Masyarakat Telok Blangah , 450 Telok Blangah St 31 (108943)
Masa : 3.00 petang

Tiada bayaran dikenakan .

Persembahan deklamasi serta lagu-lagu puisi daripada para pelajar dan juga penulis-penulis mapan & tempatan .
Penulis mapan yang akan hadir termasuklah Md Khair Md Yassin, Iswardy, Johar Buang dan ramai lagi . Inilah kesempatan untuk para pelajar ini bersua dan berkongsi pengalaman dengan mereka .



Sila nyatakan kesediaan kamu pada acara-acara berikut, tandakan acara (1), (2) dan/atau (3) di ruang 'Comment'. Kamu dikehendaki memberi jawapan selewat-lewatnya pada hari Jumaat, 9 malam.

Kita akan berjumpa di Pusat Pertukaran Bas Bukit Merah atau kamu boleh jumpa kami di tempat acara tersebut. Surat pengesahan ('consent form') akan diberikan pada minggu depan.




Terima kasih.

Cg Azizah.Ahmad

2 comments:

  1. Saya tidak boleh pergi. Saya ada acara pada tarikh-tarikh itu.

    ReplyDelete
  2. Saya tidak boleh pergi. Saya sibuk pada hari-hari Sabtu petang.

    ReplyDelete