Thursday, April 28, 2011
Pilihanraya 2011 - pengalaman saya
Para pelajar arif budiman,
Pada hujung minggu ini, bahang pilihanraya semakin terasa. Ada baiknya kita menggunakan peluang ini untuk mengalami apa yang katakan pilihanraya. Ada tugasan yang perlu dilakukan. Sila luangkan masa untuk mengikuti acara-acara pilihanraya bagi mana-mana parti yang kamu inginkan.
Tugasan A
1. Kamu boleh menghadiri 'rally' secara fizikal. Bagi tugasan ini, sila pastikan kamu mendapatkan keizinan daripada ibu bapa kamu.
ATAU
2. Kamu boleh melungsuri lelaman internet untuk mengikuti apa yang dibincangkan dalam sesi 'rally' yang diadakan.
Tugasan B
1. Berikan komen-komen kamu pada soalan-soalan ini.
Soalan 1 : Apakah yang kamu lihat dalam acara 'rally' tersebut?
Soalan 2 : Apakah reaksi para penonton pada ketika itu?
Soalan 3 : Apakah yang kamu rasa apabila mengikuti 'rally' tersebut?
Soalan 4 : Apakah yang kamu pelajari daripada aktiviti?
2. Letakkan komen-komen kamu di ruang 'Comment' di bawah entri. Kamu diberikan hingga Khamis, 5 Mei 2011.
Salam mesra
Cikgu Azizah.Ahmad
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Saya boleh lihat banyak orang yang hadiri 'rally' itu
ReplyDeleteSaya rasa mereka pekik dan tepuk setiap kali sebut pekara yang mereka hendak
Saya rasa suasana itu sunguh penuh dengan penyokong dan mereka sunguh antusias dengan parti yang mereka menyokong
Saya pelajari tentang apa yang penduduk singapura suka dan tidak suka
seperti kos hidup